Buat Kenyataan ‘Tidak Sensitif’, Remaja Pecahkan Telur Di Kepala Senator Fraser Anning

Buat Kenyataan ‘Tidak Sensitif’, Remaja Pecahkan Telur Di Kepala Senator Fraser Anning

0
SHARE

MELBOURNE, AUSTRALIA – Akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘tidak sensitif’, Senator Fraser Anning telah diserang oleh remaja lelaki  ketika sedang bercakap kepada media pada mesyuarat politik di Moorabbin, Melbourne.

Dalam satu video yang tular di Internet, Fraser Anning sedang bercakap dengan wartawan sebelum seorang remaja lelaki yang memegang telefon bimbit memecahkan telur di kepalanya.

Sebagai tindak balas, Anning bertindak dengan menghayunkan dua tumbukan kepada remaja berkenaan sebelum beberapa lelaki menangkapnya untuk meleraikan insiden tersebut.

Menurut sumber, insiden tersebut berlaku selepas Senator berhaluan kanan Australia itu mencetuskan kemarahan selepas mengeluarkan kenyataan berat sebelah dan ‘tidak sensitif’ dengan mendakwa kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kehadiran orang Islam adalah punca serangan di Canberra yang menyebabkan 49 orang mati

Perdana Menteri, Scott Morrison turut mengecam tindakan senator tersebut menerusi satu status di akaun Twitter miliknya.

Kenyataan oleh Senator Fraser Anning menyalahkan serangan pembunuhan oleh seorang pengganas di New Zealand mengenai imigresen adalah menjijikkan. Pandangan mereka tidak mempunyai tempat di Australia, apalagi Parlimen Australia.”