Bunuh Ibu Kandung Angkara Teh Dibancuh Kurang Susu

Bunuh Ibu Kandung Angkara Teh Dibancuh Kurang Susu

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LEAMINGTON, ENGLANG – Anak derhaka!!! Lelaki ini, Thomas Westwood, telah menikam ibunya sebanyak 17 kali di rumah mereka di Coventry, hanya semata-mata disebabkan teh yang dibancuh wanita itu tidak cukup susu.

Memetik laporan MyNewsHub.cc, Thomas yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas mayat wanita itu, Susan Westwood, 68 ditemui.

Selain mendakwa teh yang dibancuh tidak cukup susu, dia juga menuduh ibunya membulinya setiap hari…

Mengulas mengenai kejadian terbabit, salah seorang daripada saudaranya berkata, keluarga mereka kini bersedih dengan kehilangan Susan.

“Dia seorang ibu yang penyayang, seorang kakak dan kawan yang akan dirindui.

“Kehilangan seseorang dalam hidup ini memang sesuatu yang buruk namun kematiannya yang dibunuh oleh seseorang yang disayanginya merupakan satu yang kejam,” katanya.

Dalam pada itu, Thomas mengaku salah atas pembunuhan yang dijalankan dan hukuman ke atasnya akan diputuskan pada 3 Ogos ini di mahkamah Leamington.