Calon PT3 Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri

Calon PT3 Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan..

GEORGE TOWN РSeorang calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri didiami  keluarganya di Lebuh Sungai Pinang 1 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis, Che Zaimani Che Awang berkata, remaja perempuan berusia 15 tahun itu ditemukan di tepi kolam pangsapuri tersebut oleh seorang pekerja pembersihan pada pukul 8.45 pagi sebelum menghubungi polis.

“Berdasarkan siasatan, mangsa terjatuh dari tingkap bilik tidurnya dan semasa ditemukan dia lengkap berpakaian baju tidur, namun tidak berkasut…

“Remaja perempuan itu turut meninggalkan tiga surat untuk ibunya dan dua rakannya,” katanya di sini¬†hari ini.

Beliau berkata, mayat remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

– BERNAMA