Cas Telefon Pintar Semalaman Punca Pelajar Wanita Meninggal Dunia

Cas Telefon Pintar Semalaman Punca Pelajar Wanita Meninggal Dunia

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BASTOBE, KAZAKHSTAN – Biarkan telefon pintar dicas sepanjang malam punca seorang wanita meninggal dunia semasa tidur.

Memetik laporan akhbar The Sun, pelajar wanita tersebut meninggal selepas telefon pintar yang dicas oleh mangsa meletup di atas bantalnya ketika tidur.

Ketika kejadian baru-baru ini, Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, tidur di atas katil sambil mendengar muzik di kediamannya di Kampung Bastobe, Kazakhstan.

Keesokan harinya, Alua ditemui mati selepas bateri telefon itu meletup hampir dengan kepalanya.

Polis mengesahkan bahawa telefon pintar mangsa sedang dicas semasa kejadian.

Remaja perempuan itu dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala akibat letupan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pakar-pakar forensik kemudian mengesahkan bahawa telefon pintar itu meletup pada dini hari selepas menjadi terlampau panas ketika dicas, manakala letupan itu menyebabkan kematian mangsa, demikian menurut laporan akhbar tempatan.

Kematian remaja itu dianggap sebagai kemalangan tragis, manakala jenama telefon pintar tersebut belum didedahkan kepada umum.

“Saya masih sukar mempercayainya. Anda adalah yang terbaik. Kita berkawan sejak dari kecil,” kata rakan mangsa, Ayazhan Dolasheva, 15, dalam statusnya di media sosial.