Christina Liew Janji Akan Berusaha Sebaik Mungkin

Christina Liew Janji Akan Berusaha Sebaik Mungkin

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Jangkaan `tsunami’ memberikan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya tunggak pentadbiran negara dan peluang untuk mengubah impian rakyat untuk perubahan menjadi satu kenyataan.

Christina Liew (gambar) berkata ‘tsunami’ tersebut bersama dengan rakyat dari golongan Tionghua mempertahankan kehendak tersebut lantas menjadi gandingan yang menjurus ke arah tersebut.

“Sekutu parti politik kami merupakan kapal dan rakyat Malaysia. Menerusi pengundian mereka yang merupakan kuasa pengerak, mereka menjadi wira dan wirawati negara dalam mengubah senario politik negara buat kali pertama dalam sejarah,” katanya mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang mana belum lagi muktamad bila melibatkan Sabah semasa siaran akhbar disiarkan.

Christina yang memenangi kedua-dua kerusi yang beliau tandingi berkata kejayaan itu adalah hasil daripada suara rakyat.

Beliau memenangi kerusi parlimen daerah dengan majoriti 4,727 undi dan meraih undi majoriti dalam kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api dengan 2,954 undi.

“Jentera pilihan raya kami berusaha sebaik mungkin dan ini menunjukkan usaha mereka tidak menjadi sia-sia kerana impian untuk perubahan telah direalisasikan dan kini sudah tiba masanya untuk kita bersama membangunkan negara yang kita cintai selepas dipegang oleh kerajaan sebelumnya dan banyak yang perlu kita usahakan untuk mencapai aspirasi tersebut,” katanya.

Menekankan masa yang suntuk ketika beliau berkempen di kerusi parlimen daerah, Christina berkata jentera tersebut mempamerkan usaha yang gigih biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan.