COVID-19: Baru Muncul Selepas Seminggu Menghilang, Rakyat Sabah Dibiarkan Menderita, Shafie Umum...

COVID-19: Baru Muncul Selepas Seminggu Menghilang, Rakyat Sabah Dibiarkan Menderita, Shafie Umum Bantuan COVID-19 Namun Gagal Sasar Rakyat Sabah Yang Susah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Kami betul-betul susah sekarang, siapa yang akan bantu kami sedangkan kami tidak berdaftar dengan E-Kasih?. Sepatutnya Shafie Apdal mempermudahkan urusan rakyat Sabah yang betul-betul susah dan perlu bantuan makanan dengan membuka kaunter pendaftaran melalui Ketua-Ketua Kampung atau secara atas talian (Online) bagi mengenal pasti rakyat Sabah yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” demikian adalah luahan hati rakyat Sabah yang cukup kesal dengan pengumuman bantuan COVID-19 oleh Shafie yang hanya menumpukan kepada mereka yang telah berdaftar dengan E-Kasih sahaja.

“Kami menunggu dengan penuh pengharapan pembentangan bantuan COVID-19 oleh Shafie Apdal petang tadi dan berharap agar bantuan dapat disalurkan secara terus kepada kami, tetapi sebaliknya ini tidak berlaku…

“Bagaimana keadaan kami yang tidak berdaftar dengan E-Kasih dan bukan tinggal di kampung?. Apa yang dimaksudkan oleh Shafie bantuan makanan ke kampung?, jadi penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Sembulan, Sepanggar, Putatan, Penampang, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau adakah tersenarai dalam bantuan ini sedangkan ada antara mereka yang susah.”

“Dahulu kami dapat bantuan BR1M, selepas Pakatan Harapan (PH) ambil alih kerajaan nama kami tidak lagi disenaraikan sebagai penerima BSH, E-Kasih pun nama kami tidak tersenarai bahkan ada yang tidak tahu cara memohon E-Kasih sedangkan hakikatnya kami benar-benar susah sekarang.”

“Maaf kami terpaksa cakap Shafie Apdal ni pemimpin dan Ketua Menteri yang paling teruk yang Sabah pernah ada…”

“Kami fikir dia buat-buat buta melihat kesusahan rakyat Sabah ketika ini, sekarang ini kami cabar Shafie untuk membuka kaunter pendaftaran di setiap kampung di seluruh Sabah sambil disaksikan oleh Ketua Kampung  bahawa jumlah rakyat yang amat susah sekarang akibat sekatan keluar rumah ini jauh melebihi dari angka yang berdaftar dengan E-Kasih,” tambah rakyat Sabah ketika diminta mengulas mengenai pengumuman pakej bantuan COVID-19 oleh Shafie petang tadi.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini telah mengumumkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah berjumlah RM670 juta, daripada jumlah itu, RM20 juta diperuntukan untuk golongan miskin tegar yang mana bantuan khas tunai sebanyak RM500 seorang diberi secara “one-off” kepada isi rumah berdaftar dalam sistem E-Kasih dan 18 Juta untuk bantuan makanan ke kampung-kampung.

Pengumuman oleh Shafie tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh sebahagian besar rakyat Sabah yang marah kerana Shafie dilihat hanya menyasarkan rakyat Sabah yang telah berdaftar dengan E-Kasih sahaja dengan pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM500, sedangkan ramai lagi rakyat Sabah yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Warga Netizen pula turut mengulas pengumuman Shafie dengan kenyataan yang amat marah “di mana Shafie gunakan akalnya dengan meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM200 juta sedangkan dalam masa yang sama rakyat Sabah teramat sangat perlukan bekalan makanan seperti, beras, susu, lampin untuk anak kecil serta kelengkapan penutup muka (face mask) termasuklah pencuci tangan (hand sanitizer).”

Peruntukan RM200 juta untuk pembangunan semasa wabak COVID-19 dikecam oleh rakyat Sabah…

“Sekarang ini kes kematian hampir 19 orang di seluruh Malaysia manakala kes jangkitan COVID-19 di Sabah pula mencecah 170 orang, Shafie boleh pula umumkan peruntukan pembangunan dengan jumlah yang begitu banyak sehingga mencecah 200 juta ringgit bagi projek pembangunan infrastruktur, ini jelas menunjukkan kebodohan Shafie di dalam mentadbir negeri Sabah.”

“Bukankah apa yang diumumkan oleh Shafie kononnya ‘Pakej Bantuan COVID-19 Sabah’ dilihat sebagai satu tindakan yang cukup bodoh, beliau sanggup melihat rakyat Sabah susah. Alangkah baiknya kalau wang 200 juta ringgit tersebut diagihkan kepada 400 ringgit seorang bagi mereka yang mempunyai gaji kurang dari 3000 ringgit, sebanyak setengah juta rakyat Sabah akan dapat manfaat.”

“Harus diingat bahawa rakyat Sabah yang terjejas ketika ini ada yang berniaga secara online, perkilangan, hardware, mekanik kereta, berniaga kuih, sayur dan sebagainnya. Kemudian kebanyakan mereka tidak berdaftar dengan E-Kasih, kalaulah wang tersebut dapat diagihkan secara langsung ekonomi negeri Sabah akan dapat melonjak sedikit kerana putaran kewangan tersebut.”

“Shafie Apdal juga sepatutnya membuka kaunter pendaftaran di setiap tempat atau pendaftaran secara atas talian (online) di seluruh Sabah bagi mengenal pasti rakyat Sabah yang telah terputus bekalan makanan sambil disaksikan oleh mereka yang bertanggungjawab kalau Shafie khuatir ada rakyat Sabah yang menipu,” tambah netizen yang jelas marah dengan keputusan Shafie meluluskan 200 juta ringgit bagi tujuan pembangunan walaupun wabak virus sedang melanda Sabah dalam pengumuman ‘Pakej Bantuan COVID-19 Negeri Sabah’ kelmarin.