COVID-19: Dia Sanggup Bantu Negara China 2 Juta Ringgit Tapi Abaikan Rakyat...

COVID-19: Dia Sanggup Bantu Negara China 2 Juta Ringgit Tapi Abaikan Rakyat Sabah, Shafie Apdal Dikecam Berdiam Diri Untuk Bantu Rakyat Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Sabah amat bernasib malang kerana mempunyai seorang Ketua Menteri seperti Shafie Apdal yang sangat teruk dalam mentadbir negeri Sabah.”

“Dalam keadaan dan situasi yang amat sukar ketika ini akibat sekatan keluar rumah, Shafie Apdal dan pemimpin Parti Warisan sepatutnya tampil membantu dengan menghulurkan sumbangan terus kepada rakyat yang amat memerlukan,” demikian adalah beberapa komen rakyat Sabah yang mempersoalkan sehingga kini Shafie masih berdiam diri dengan membiarkan rakyat Sabah berhadapan dengan situasi yang cukup sukar ketika ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ ini yang menyekat orang ramai keluar daripada rumah tanpa alasan penting akibat penularan wabak COVID-19.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

“Sehingga kini jelas kelihatan ramai rakyat Sabah yang mengeluh terputus bekalan makanan kerana ketiadaan wang, tetapi Shafie membiarkan perkara ini berlaku tanpa ada apa-apa tindakan.”

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

“Di mana Shafie simpan otak dia?, semasa China ditimpa dengan musibah COVID-19, dia (Shafie) serta barisan pemimpin kerajaan Negeri termasuklah pemimpin DAP dan PKR mewujudkan tabung bantuan dan berjaya mengumpulkan sebanyak 2 juta ringgit, tetapi malangnya sehingga kini untuk rakyat Sabah jangankan tabung bantuan khusus dari Kerajaan Negeri Sabah pun langsung tidak kedengaran.”

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Shafie berjaya mengumpulkan 2 juta ringgit untuk disumbangkan kepada negara China bagi menangani COVID-19…(Sumber foto dipetik daripada Portal Sinar Harian)

Untuk rekod pada 11 Feb lalu, Shafie Apdal mengumumkan kerajaan negeri Sabah bersetuju mewujudkan tabung bantuan kewangan COVID-19 kepada negara China di mana usaha itu telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak 2 juta ringgit Malaysia dan telah disumbangkan kepada kerajaan China.

Shafie berjaya mengumpulkan 2 juta ringgit untuk disumbangkan kepada negara China untuk menangani COVID-19 (Sumber foto dipetik daripada Portal Astro Awani)
Foto Shafie berjaya mengumpulkan 2 juta ringgit untuk disumbangkan kepada negara China untuk menangani COVID-19…(Sumber foto dipetik daripada Portal Malaysiakini)

“Di mana pemimpin-pemimpin Parti Warisan yang kaya-raya seperti Peter Anthony?, bukankah setiap kali ada penganjuran oleh Persatuan milik Peter iaitu KDM akan ada cabutan tiket bertuah sehingga berjumlah jutaan ringgit, kenapa tidak disalurkan sahaja wang tersebut untuk penduduk kampung di seluruh Sabah yang terkesan akibat wabak ini?.

Foto cabutan tiket bertuah anjuran KDM dengan hadiah lumayan tapi Peter gagal untuk memberi sumbangan kepada rakyat semasa COVID-19…
Foto cabutan tiket bertuah anjuran KDM dengan hadiah lumayan tapi Peter gagal untuk memberi sumbangan kepada rakyat semasa COVID-19…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…
Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

“Ada di antara rakyat Sabah yang berniaga kecil-kecilan, nelayan, petani dan kerja bergaji hari terpaksa putus punca pendapatan, sepatutnya Shafie tampil lebih awal membantu rakyat Sabah. Mujurlah Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untuk membantu rakyat Malaysia termasuk Sabah dengan pengumuman bantuan petang tadi,” berikut adalah sebahagian kenyataan rakyat Sabah yang marah terhadap Shafie Apdal.

“Kalau Tan Sri Musa Aman masih lagi Ketua Menteri Sabah kami yakin bantuan kepada rakyat yang susah akan disalurkan terus dengan segera, namun Sabah bernasib malang kerana memiliki Ketua Menteri seperti Shafie Apdal.”

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

“Kami cukup yakin selepas pengumuman bantuan daripada Tan Sri Muhyiddin berupa wang berjumlah 130 juta ringgit, barulah Shafie akan muncul dengan kesemua pemimpin Warisan, termasuk DAP dan PKR kononnya bantuan ini dari mereka.”

Dalam sidang media pada petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan akan menyalurkan peruntukan sebanyak 130 juta ringgit ke setiap negeri di seluruh Malaysia bagi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Muhyiddin juga turut mengumumkan rakyat Malaysia boleh mengeluarkan wang caruman KWSP melalui ‘Akaun Dua’ bermula 1 April ini dengan maksimum pengeluaran sebanyak 500 ringgit sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Sumber foto dipetik daripada laman media sosial Facebook…

Di Kota Kinabalu, bantuan secara terus kelihatan disumbangkan oleh UMNO Negeri Sabah melalui Datuk Yakub Khan; Timbalan Ketua UMNO, Ir Abd Aziz Julkarnain; Ketua Pemuda UMNO dan jentera UMNO Negeri Sabah, manakala Datuk Seri Hajiji Hj Noor, Datuk Azizah Dun Banir, Datuk Ghulam Khan Bahadar juga turut memberi sumbangan bagi pihak Parti BERSATU di Sabah.

Foto sumbangan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) perubatan dan mahasiswa UMS disampaikan oleh Datuk Yakub Khan, Ir Abd Azis Julkarnain Ketua Pemuda UMNO Sabah dan Jentera UMNO Sabah…

Sumbangan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) perubatan dan Mahasiswa di UMS oleh UMNO Sabah…

Sumbangan oleh Datuk Azizah Dun Banir dan BERSATU Sabah kepada individu yang dikuarantin akibat COVID-19 di Beaufort…

Sumbangan oleh Datuk Azizah Dun Banir dan BERSATU Sabah kepada individu yang dikuarantin akibat COVID-19 di Beaufort…

Sumbangan oleh Datuk Ghulam Khan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) COVID-19 di Papar…
Wakil Datuk Seri Hajiji menyampaikan sumbangan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) jentera COVID-19…

Wakil Datuk Seri Hajiji menyampaikan sumbangan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) jentera COVID-19…