COVID-19: Rakyat Sabah Ucap Terima Kasih Kepada Tan Sri Musa Dan UMNO...

COVID-19: Rakyat Sabah Ucap Terima Kasih Kepada Tan Sri Musa Dan UMNO Sumbang Sejuta Ringgit

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Netizen dan rakyat Sabah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sejuta ringgit oleh Tan Sri Musa Aman dan UMNO Sabah kepada rakyat Sabah yang terjejas akibat tindakan sekatan keluar rumah (Perintah Kawalan Pergerakan) oleh Kerajaan Persekutuan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Sambil menyifatkan sumbangan atas inisiatif oleh Tan Sri Musa dan UMNO Sabah tersebut tepat pada masanya memandangkan ketika ini ramai rakyat Sabah yang hampir terputus bekalan makanan mentah seperti beras, minyak dan sebagainya.

Selain itu, ramai juga di antara mereka (rakyat Sabah) yang terputus punca pendapatan untuk menyara hidup keluarga kerana hanya bekerja sebagai peniaga secara kecil-kecilan, nelayan dan ada yang bergaji secara harian.

Tan Sri Musa dalam satu kenyataan (kelmarin) berkata “atas sebab kebimbangan yang amat mendalam mengenai nasib orang-orang Sabah yang menghadapi ketidakpastian akibat Pandemik COVID-19, UMNO Sabah akan menderma bekalan bernilai RM1 juta untuk membantu mereka yang terjejas akibat penyakit ini.”

“Stok makanan, barangan rumah dan barangan perubatan seperti topeng muka (facemask) dan pembasuh tangan (hand sanitizer) akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan gabungan politik.”

Tan Sri Musa Aman yang juga bekas Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua Menteri Sabah berkata lagi “saya telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang akan menyelia pengagihan bekalan melalui Sekretariat UMNO negeri Sabah.”

“Mungkin 1 juta kelihatan kecil kepada sesetengah orang, namun harapan saya adalah bantuan itu akan mengurangkan sedikit beban bagi mereka yang berjuang dan sangat memerlukan bahan makanan asas seperti beras, minyak masak dan gas.”

“Kita juga akan berbincang dengan pihak-pihak lain seperti Parti Perpaduan Sabah, Parti Rakyat Sabah, Parti Perpaduan Tanah Air dan Parti Persatuan Orang Asli Malaysia untuk menggabungkan sumber masing-masing bagi membantu mengurangkan kesan COVID-19 terhadap rakyat daripada Sabah.¬†Ketika masa-masa yang mencabar ini, setiap kali membantu, kita perlu mengetepikan politik dan berkumpul untuk memberi bantuan kepada mereka yang sangat memerlukannya,” Tan Sri Musa berkata lagi dalam satu kenyataan rasmi kelmarin.

Dalam pada itu, Tan Sri Musa juga dilihat turut menyumbangkan bekalan makanan kepada Warga Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan, IPD Sandakan dan sebelum itu kepada ‘Barisan Hadapan’ (Frontline) perubatan Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Foto pemberian bantuan makanan ke Fakulti Pertanian Lestari UMS Kampus Sandakan oleh Tan Sri Musa melalui wakilnya…
Foto pemberian bantuan makanan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) IPD Sandakan oleh Tan Sri Musa Aman melalui wakilnya…

Tan Sri Musa Aman memberi bantuan kepada ‘barisan hadapan’ (frontline) perubatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan Sabah melalui wakilnya…