COVID-19: Topeng Muka (Face Mask) Import Tidak Bersih? Netizen Mahu Kerajaan Pantau...

COVID-19: Topeng Muka (Face Mask) Import Tidak Bersih? Netizen Mahu Kerajaan Pantau Bekalan

0
SHARE

Bekalan face mask atau topeng muka dari China tidak selamat?

Itu antara persoalan yang dilemparkan netizen susulan tersebarnya sebuah video dipercayai dari sebuah kilang membuat topeng muka (face mask).

Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang mengelap kedua-dua kasutnya dengan menggunakan timbunan topeng muka.

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan video itu, lelaki berkenaan dilihat dengan sengaja melakukan perbuatan itu sambil bercakap dengan seseorang.

Penyebaran video itu yang tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang daripada warga maya kerana bimbang dengan bekalan topeng muka yang diimport dari negara luar.

Seperti sedia maklum, antara perkara penting yang diusaha kerajaan termasuk pihak berkepentingan lain ketika ini dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 adalah menyediakan bekalan topeng muka secukupnya kepada rakyat.

Namun, di sebalik keghairahan itu, rata-rata netizen turut mengharapkan bekalan yang diperoleh itu dijamin tahap keselamatan dan kebersihannya.

Seorang netizen yang enggan dikenali turut meluah kebimbangannya dan mengharapkan semua pihak agar berhati-hati dalam membeli bekalan topeng muka.

“Harap video itu sampai ke pihak tertentu agar bekalan (face mask) yang kita peroleh dijamin selamat dan bersih,” katanya.

Seorang lagi netizen memaklumkan agar orang ramai tidak terlalu ghairah menjual atau mendapatkan bekalan ‘face mask’ tanpa mengetahui tahap kebersihannya.

Untuk rekod, sehingga petang semalam (30 Mac 2020), wabak COVID-19 telah meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa dengan lebih seratus kes positif baharu dilaporkan dalam sehari.