COVID-19: Video Tular Puluhan Jenazah Umat Islam Di New York Yang Tidak...

COVID-19: Video Tular Puluhan Jenazah Umat Islam Di New York Yang Tidak Terurus Akibat COVID-19 Timbulkan Keinsafan Kepada Rakyat Malaysia

0
SHARE

NEW YORK – Video yang tular di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi mengenai puluhan mayat umat Islam di New York, Amerika Syarikat akibat jangkitan wabak COVID-19 yang belum dikebumikan telah menimbulkan keinsafan kepada rakyat Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

“Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah melakukan sehabis baik dalam menguruskan jenazah yang meninggal dunia akibat COVID-19. Malahan ribuan pesakit juga telah berjaya disembuhkan hasil daripada kecekapan pasukan barisan hadapan (frontliner) perubatan di Malaysia.”

SOP pengurusan jenazah jangkitan COVID-19 di Malaysia – Bagi mengelakkan jangkitan kuman mayat umat Islam tidak dimandikan sebaliknya hanya akan di ‘tayammum’, solat jenazah, kemudian pakaian yang menguruskan Jenazah selepas dikebumikan akan terus dibakar…

“Rakyat Malaysia sepatutnya perlu selalu memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dalam keadaan genting begini dan walaupun rakyat berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan Malaysia dilihat begitu prihatin kepada kebajikan dalam membantu rakyatnya sendiri.”

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat Malaysia pada 27 Mac lalu…

“Rakyat Malaysia sebenarnya sangat beruntung kerana memiliki sumber penjagaan kesihatan yang terbaik malahan susun atur serta gerak kerja di antara barisan hadapan (frontliner) perubatan, keselamatan dan pihak kerajaan sangat baik. Selain itu, hampir setiap hari rakyat Malaysia akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini keadaan terkini COVID-19.”

“Rakyat Malaysia juga sebenarnya masih mampu melihat keadaan ‘supermarket’ dan kedai menjual barangan makanan yang dipenuhi dengan barang-barang makanan asas, sebaliknya ini tidak berlaku di kebanyakan negara maju apabila kedai-kedai menjual barangan makanan kelihatan kosong. Walaupun penduduk di sana mempunyai wang, tapi mereka tidak mampu untuk membeli barangan makanan kerana ketiadaan stok makanan.”

“Ironinya di Malaysia makanan yang ada terpaksa dibuang kerana terlebih makanan…

“Apa yang lebih penting adalah semua rakyat Malaysia kena bersatu hati tanpa memilih Agama dan Bangsa bagi mengharungi situasi yang cukup sukar di Malaysia ketika ini, dalam masa yang sama agak mendukacitakan kerana masih ada lagi pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Khalid Samad dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain kelihatan masih berterusan bermain politik dalam masa barisan hadapan (frontliner) keselamatan dan perubatan sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.”

Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Khalid Samad…

“Sepatutnya pemimpin politik PH tampil membantu memberikan cadangan kepada Kerajaan ketika ini bagaimana untuk menyelesaikan ekonomi rakyat yang terjejas sejak PKP dilaksanakan atau sekurang-kurangnya membantu rakyat dengan membekalkan makanan serta keperluan asas.

Sebagai contoh di negeri Sabah, jelas kelihatan masih ramai lagi golongan miskin yang mengeluh kerana kehabisan bekalan makanan berikutan kegagalan Shafie Apdal menangani isu ini dengan baik.”

Shafie Apdal…

“Atas sifat ihsan dan kasih sayang Allah kepada rakyat Malaysia dan ini mungkin juga sebagai balasan ke atas sifat-sifat baik rakyat Malaysia yang dilihat suka menolong orang lain yang berada dalam keadaan kesusahan. Alhamdulillah kerajaan telah bertukar sebelum gelombang kedua COVID-19 meletus di Malaysia ini.

“Hari ini Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang baik seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Menteri Kabinet Malaysia yang berpengalaman luas dalam mentadbir kerajaan sememangnya satu anugerah kepada rakyat Malaysia…

Tan Sri Muhyiddin Yassin…

“Kita (rakyat Malaysia) tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan negara kalau Tun Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Lim Guan Eng pula memegang jawatan Menteri Kewangan, sudah tentu rakyat Malaysia akan lebih susah dan menderita berhadapan dengan PKP ketika ini dalam menangani penularan wabak COVID-19,” demikian adalah komen daripada sebahagian rakyat Malaysia selepas video yang berdurasi 5.15 minit tersebut tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Menurut rekod sehingga hari ini jumlah kematian di Amerika Syarikat akibat wabak pandemik COVID-19 berjumlah 12,902 kes manakala di New York pula mencatat jumlah sebanyak 4,758 kes.

Data terkini jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat…

Ahli Majlis Manhattan, Mark Levine berkata setakat ini, sejumlah 4,758 kes kematian telah direkodkan di New York dan dalam masa yang sama menyatakan kepada ABC News anggaran kematian mungkin lebih tinggi serta tidak dapat disahkan.

Petikan ucapan Ahli Majlis Manhattan, Mark Levine kepada ABC News…