CR7 Nafi ‘Berita Palsu’ Tuduhan Perkosa Seorang Wanita AS

CR7 Nafi ‘Berita Palsu’ Tuduhan Perkosa Seorang Wanita AS

0
SHARE
Cristiano Ronaldo...

LISBON, PORTUGAL – Bintang bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo menafikan ‘berita palsu’ berhubung tuduhan dilemparkan seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa dia diperkosa pemain Portugal tersebut pada 2009.

“Mereka mahu mempromosikan diri mereka menggunakan nama saya. Ia adalah normal,” katanya menerusi video di Instagram.

BBC melaporkan bahawa susulan tuduhan tidak berasas itu, peguam beliau, Christian Schertz memaklumkan mereka akan memfailkan saman ke atas majalah di Jerman, Der Spiegel yang menerbitkan artikel tersebut.

“Laporan itu secara terang-terangan melanggar undang-undang. Saya telah diarahkan untuk mendapatkan ‘ganti rugi moral’ atas pelanggaran hak peribadi paling serius dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” ujarnya.

Majalah itu mendedahkan Kathryn Mayorga mendakwa Ronaldo, 22, merogolnya di sebuah bilik hotel di Las Vegas.

Menurut Mayorga, 34, dia telah membuat aduan kepada polis tidak lama selepas kejadian itu.

Pada 2010, wanita terbabit mencapai penyelesaian di luar mahkamah dan menerima bayaran AS$375,000 (RM1.3 juta) sebagai persetujuan untuk menutup mulut tentang kes tersebut.