Cybertroper Parti Warisan Hina Tradisi Bangsa Kadazan Dusun Dan Dakwa KDM Di...

Cybertroper Parti Warisan Hina Tradisi Bangsa Kadazan Dusun Dan Dakwa KDM Di Sabah Adalah Pendatang Dari Mongolia

0
SHARE
Kibott Navara...

KOTA KINABALU, SABAH – Hantaran sekeping foto masyarakat Dusun sedang dihindang dengan minuman “Tapai” oleh Cybertroper (Pejuang Alam Maya) yang bernama ‘Kibott Navara’┬ájelas mengundang kemarahan masyarakat Kadazan Dusun.

Kibott Navara atau dengan nama sebenar Md Shafie dikatakan adalah Cybertroper berbayar Parti Warisan Sabah, telah memuat naik foto tersebut di ruangan kumpulan tertutup Facebook ‘Sandakan Kini’.

Warganet turut mempersoalkan atas alasan apa Kibott Navara memuat naik foto tersebut tanpa ada komen bertulis, sebaliknya foto tersebut akan mengundang fahaman negatif serta bahan hinaan kononnya masyarakat Kadazan Dusun adalah masyarakat “kaki mabuk“.

Upacara seperti di dalam foto tersebut hanya diadakan di daerah-daerah tertentu di Sabah apabila berlangsungnya majlis pertunangan, perkahwinan termasuk majlis-majlis lainnya dan tidak semua mereka yang hadir meminum minuman tersebut.

Warganet yang jelas marah dengan tindakan oleh Kibott yang mana menurut mereka adat budaya Kadazan Dusun tidak perlu dhina dan dipolitikkan sedemikian rupa.

Terdapat juga Cybertroper Pro Parti Warisan dikesan menghina kaum Kadazan Dusun kononnya mereka adalah pendatang yang berasal daripada Mongolia.

Wujud juga dakwaan serta ejekan Kadazan Dusun di Sabah sebenarnya adalah hamba kepada orang-orang British terdahulu…

Ironinya pemimpin dalam Parti Warisan juga ada yang berbangsa Kadazan, Dusun serta murut, diantaranya adalah Darell Leiking Peter Anthony, Jenifer Lasimbang dan ramai lagi.

Berikut adalah beberapa lagi komen warganet selepas Kibott Navara memuat naik foto tersebut;