Dadah Menyerupai Gula-Gula Jeli

Dadah Menyerupai Gula-Gula Jeli

0
SHARE

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT – Ia nampak seperti gula-gula jeli (gummy), tetapi sebenarnya adalah dadah yang dibuat menyerupai gula-gula bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Dengan bentuk yang menyerupai gula-gula itu tetapi kandungan sebenar adalah dadah berbahaya, pengedar dadah dilihat sudah mula menyasarkan golongan kanak-kanak di daerah ini.

Pakar jenayah, Stephen Snipes, berkata, “bahan kimia yang berbahaya itu sedang dijual secara berleluasa di luar dalam bentuk gula-gula jeli dan meminta semua ibu bapa berwaspada dan memantau apa yang dimakan oleh anak-anak mereka.”

“Dadah jenis ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik dalam badan yang kemudian menyebabkan penagihnya berhalusinasi dan mengalami gangguan mental,” katanya.

Sukar untuk mengenal pasti dadah yang menyerupai gula-gula jeli itu, namun ibu bapa dinasihatkan memantau anak masing-masing dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang pelik berlaku pada mereka, dapatkan bantuan segera dari pihak hospital.

Dadah Flakka ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dopamin dan serotonin agar pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila.