Dakwaan Penyelewengan Sebuah Yayasan, Zahid Hamidi Bakal Dipanggil Lagi Oleh SPRM Esok

Dakwaan Penyelewengan Sebuah Yayasan, Zahid Hamidi Bakal Dipanggil Lagi Oleh SPRM Esok

0
SHARE

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9.20 pagi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih tiba dengan diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.

Zahid Hamidi, yang memakai baju batik berwarna hijau berseluar gelap kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Bagan Datuk ialah anak perempuannya Nurulhidayah bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan dan juga abang tiri kepada Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang telah diambil keterangan pada hari semalam, Selasa.

“Semuanya ok. Tiada apa-apa. Kasihan kamu (media) hujan-hujan,” katanya kepada para pengamal media yang hadir.

Sumber SPRM berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipanggil sekali lagi esok bagi menyambung keterangan berhubung penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau.