Dakwaan Tidak Benar Berhubung Ruang Udara Diceroboh Dron Negara Jiran

Dakwaan Tidak Benar Berhubung Ruang Udara Diceroboh Dron Negara Jiran

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran yang menceroboh ruang udara negara di Johor ialah tidak benar.

Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara tersebut.

“Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara dan taklimat juga telah diberi oleh Panglima TUDM (berhubung dakwaan ini),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 47/2018 di Wisma Perwira di sini, hari ini.

Semalam, sebuah media tempatan melaporkan terdapat helikopter dan dron menceroboh ruang udara negara dipercayai untuk mengganggu pergerakan kapal-kapal milik agensi negara.

Rakaman berdurasi dua minit 16 saat itu memaparkan sebuah helikopter dan dron didakwa berada di ruang udara negara tular di laman sosial.

– BERNAMA