DAP Berjaya Kawal Tun M – Bekas Ahli DAP

DAP Berjaya Kawal Tun M – Bekas Ahli DAP

0
SHARE
Sumber Foto; UtaraNews

KUALA LUMPUR – Parti rasis dan cauvinis, DAP dilihat licik mencari jalan untuk meraih sokongan masyarakat Melayu walaupun mereka terpaksa menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memetik laporan portal berita KL Xpress, menurut bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, tindakan DAP menjalinkan hubungan dengan PPBM yang dipengerusikan oleh seteru utama DAP, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas menunjukkan parti itu sebenarnya sudah terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam DAP ramai masyarakat Cina dan mereka perlukan sebuah parti Melayu untuk membantu menarik sokongan masyarakat Melayu dan sebab itu mereka terima PPBM selepas Pas meninggalkan DAP.

“Dahulu DAP bermusuh dengan Dr. Mahathir sekarang mereka bersama dan kini DAP berjaya mengawal PPBM.

“Mereka menjadikannya boneka, mahu Dr. Mahathir mengikuti arahan mereka dan semuanya mempunyai kepentingan untuk DAP,” katanya ketika menjadi panel dalam Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjadi moderator dengan menampilkan seorang lagi panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.