Datuk Musbah sertai WARISAN Atas Kepentingan Peribadi – YB DSP Hajiji Noor

Datuk Musbah sertai WARISAN Atas Kepentingan Peribadi – YB DSP Hajiji Noor

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Katanya, tindakan Musbah lebih kepada kepentingan peribadinya.

“Keputusan Musbah menyertai Warisan adalah bertentangan dengan persetujuan bersama yang telah dicapai diantara mantan Wakil-Wakil Rakyat UMNO ketika bersama-sama mengisytiharkan keluar dari UMNO.

Datuk Musbah Jamli…

“Tindakan Musbah juga jelas bahawa dia seorang yang tidak ada prinsip dan pendirian”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Musbah yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud merupakan antara 9 ADUN UMNO Sabah yang telah sebulat suara bersama-sama meninggalkan parti itu pada awal Disember 2018.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, walaupun tindakan Musbah itu adalah hak demokrasi beliau, namun ia tidak disukai oleh sebilangan rakyat.

“Saya yakin, rakyat akan menolak dan menghukum pemimpin demikian dalam Pilihan Raya akan datang”, katanya

Beliau juga amat yakin Musbah akan menyesal dengan tindakannya kerana ianya tidak selari dengan aspirasi pengundi dan rakyat yang telah mengundi beliau.

Selain itu, Hajiji juga yakin dapat mengambil balik kawasan-kawasan yang dimenangi oleh mereka (mantan Wakil Rakyat Barisan National (BN)) yang telah lebih awal menyertai Warisan dan juga parti lain.