DBKL Selesai Kaji 102 Projek Pembangunan

DBKL Selesai Kaji 102 Projek Pembangunan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad malam ini menjelaskan bahawa kajian terhadap 102 projek pembangunan yang dimajukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah selesai diproses.

Penjelasan itu dibuat melalui Setiausaha Akhbarnya, Zulkifli Sulong bahawa bukan kesemua 102 projek berkenaan telah diluluskan sepertimana kenyataan sebelum ini.

“Ini kerana dari 102 projek yang diproses itu ada yang telah dilulus untuk dilaksanakan, ada yang ditolak atau dibayar balik wang mereka dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jumlah 102 projek berkenaan adalah daripada keseluruhan 176 projek pembangunan yang dikaji semula susulan kemungkinan ada projek yang bercanggah dengan pelan pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang telah diwartakan hujung bulan lepas.

Bagaimanapun, baki 74 projek pembangunan masih belum dikaji.

– BERNAMA