Desak Kerajaan Beri Hak Perbicaraan Telus, Adil Kepada Najib – Dr. Noraini

Desak Kerajaan Beri Hak Perbicaraan Telus, Adil Kepada Najib – Dr. Noraini

0
SHARE
DATO’ DR. NORAINI AHMAD...

KENYATAAN MEDIA DR. NORAINI AHMAD BERHUBUNG PENANGKAPAN YB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK;

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO melahirkan rasa dukacita atas penangkapan YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini.

Sebagai seorang rakyat yang telah banyak berjasa kepada negara, Wanita UMNO mendesak supaya beliau diberikan hak sepenuhnya kepada perbicaraan yang telus, adil dan diberi layanan yang seharusnya dalam proses penahanan dan pendakwaan.

Insya Allah, Wanita UMNO akan mengadakan solat hajat di semua 191 Bahagian untuk mendoakan keselamatan dan keadilan buat YB Dato’ Sri Najib yang merupakan mantan Presiden UMNO yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

Saya menyeru semua ahli UMNO terutamanya Wanita UMNO supaya tenang menerima perkembangan terbaru ini dan terus berdoa supaya UMNO dan ahli-ahlinya terus diberi perlindungan Allah S.W.T.

YB DATO’ DR. NORAINI AHMAD
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA