Dipukul Semasa Sambut Hari Jadi, Pelajar Buat Laporan Polis

Dipukul Semasa Sambut Hari Jadi, Pelajar Buat Laporan Polis

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR РSeorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini membuat laporan berhubung penularan video (dipetik dari Youtube KL Media Network) berkenaan dirinya dipukul semasa menyambut hari jadinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan tersebut dilakukan oleh mangsa  di balai polis Seksyen 9 di sini pukul 8.53 malam tadi.

“Justeru itu, siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lalu dengan difahamkan kesemua pelajar terlibat telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

Baharudin turut menegaskan polis telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu.