Dividen LTAT Menurun Tanda Pengurusan Kementerian Pertahanan & Kerajaan PH Gagal –...

Dividen LTAT Menurun Tanda Pengurusan Kementerian Pertahanan & Kerajaan PH Gagal – Bekas Menteri

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Menteri Pertahanan yang kini menjadi tanggungjawab Mohamad Sabu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menguruskan kementerian tersebut dengan baik.

Ini kerana selepas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan dividen tercorot yang yang dianggap terendah sejak 1973.

Hishammuddin yang ahli Parlimen Sembrong mendakwa Mohamad Sabu dan kerajaan PH tidak memperdulikan kebajikan anggota tentera dan rakyat sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU-14.

“Tak payahlah difokuskan ‘gajah bertembung, rumput mati di tengah-tengah’ tu. Fokuslah kepada kebajikan anggota ATM, perwira sebenar kita semua yang rela mati demi negara!

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein…

“Kerajaan PH khususnya Mindef perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini.

Hishammuddin turut mendesak agar pemimpin PH berhenti menyalahkan pentadbiran sebelum ini atas kegagalan mereka mentadbir negara.

Pada masa yang sama, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan prestasi pengagihan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi tahun kewangan 2018 tidak ada kena mengena dengan kedudukan pasaran saham tempatan yang paling corot di dunia dan kemerosotan ekonomi negara selepas PRU-14 yang lalu.

Tambah Najib, sepanjang sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri, LTAT menerima dividen yang tinggi dengan purata dividen dan bonus tahunan sepanjang tempoh ini adalah 14.1% setahun.

“Kenapa pula kita tidak mengalami situasi “pelaburan tidak munasabah” sepanjang tempoh itu?” soal beliau.

Najib trut berkata: “Tak apa. Kita tengok bulan Mac tahun depan berapakah dividen LTAT untuk tahun 2019 kerana saya tengok harga saham pelaburan utama Boustead masih belum memulih dan masih 67% di bawah harga sebelum PRU14 sedangkan sudah masuk bulan Oktober.”