Dr Salleh Nafi Sertai Parti Warisan Sabah

Dr Salleh Nafi Sertai Parti Warisan Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak menafikan telah menyertai Parti Warisan Sabah, berikutan gambar ucapan selamat menyambut tahun baru cina telah tular di media sosial di mana kelihatan Dr Salleh menggunakan baju berlogo Parti Warisan Sabah.

Dalam satu kenyataan oleh Dr Salleh “gambar yang telah tular tersebut adalah adalah perbuatan¬†FITNAH dan menafikan menyertai Parti Warisan Sabah, sambil meminta penyokong-penyokong beliau bertenang”.

Ribuan penyokong Dr Salleh merasa sangat terkejut dengan penularan gambar tersebut di laman media sosial Facebook serta sebaran di aplikasi WhatsApp, memandangkan tidak ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Dr Salleh mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Dr Salleh sebelum ini bersama-sama belasan Ketua Bahagian UMNO Sabah telah menyertai blok Bebas yang diketuai oleh Datuk Seri Hajiji Hj Noor.