Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Di Pitas

Dua Lelaki Maut Dalam Kemalangan Di Pitas

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PITAS, SABAH – Dua lelaki maut apabila kereta Proton Saga yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah jentera pembinaan jalan raya, di Jalan Kanibongan-Pitas, dekat simpang Paitan, Rabu lepas.

Mereka dikenal pasti sebagai pemandu Joddy Kumin, 33, dan Sandro Vickie, 25.

Ketua Polis Kota Marudu Supt Mohd Izaan Abdullah berkata pada Khamis, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 9.45 pagi.

“Dua mangsa sedang menuju dari Pitas ke Kanibongan apabila kereta itu terbabas dan merempuh belakang jentera itu yang diletakkan di bahu jalan.

“Mereka meninggal dunia di tempat kejaddian,” katanya, menambah jalan di mana kemalangan itu berlakku berpasir, tidak berturap dan sedang menjalani pembinaan.

KEADAAN di tempat kemalangan itu…

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu mengerahkan satu pasukan enam anggota dengan sebuah jentera yang diketuai oleh pegawai operasi Gabuh Maradan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.07 malam.

Mangsa yang tersepit di dalam kereta itu dikeluarkan oleh anggota bomba.