Dubai Pamerkan Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta

Dubai Pamerkan Kasut Termahal Dunia Bernilai RM70 Juta

0
SHARE

DUBAI – Kasut tumit tinggi dihiasi emas, sutera dan ratusan berlian berharga AS$17 juta (RM70 juta), dipamerkan di Hotel Burj Al Arab, sebagai termahal di dunia kini dibuka untuk jualan.

AFP melaporkan bahawa setiap kasut menonjolkan 236 berlian 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari serta sekeliling kasut.

Jada Dubai, syarikat rekaan yang tidak ramai pengikut di media sosial, semalam mendedahkan sepasang kasut tumit tinggi kulit bersalut emas dihiasi berlian.

Ketua eksekutif Passion Jewellers, Hemant Karamchandani, yang membekalkan barang kemas berkata, Dubai adalah bandar raya dihuni jutawan dan hartawan.

“Kami melihat ia sebagai pasaran berpotensi selain seluruh rantau Teluk,” katanya mengambil masa sembilan bulan untuk membuatnya.

Satu-satunya kasut seumpama itu boleh dibuat mengikut saiz pelanggan selepas mereka membayar harga penuh.

Dubai, hab bagi fesyen Teluk dan hos Minggu Fesyen Arab, menyaksikan pertambahan bilangan pelancong sejak beberapa tahun lalu, dengan lebih 16 juta pelawat mengunjungi negara itu tahun lalu.