Ekonomi Terjejas Akibat COVID-19, Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Akaun 2

Ekonomi Terjejas Akibat COVID-19, Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Akaun 2

0
SHARE

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat akibat penularan wabak ‘Pandemik’ COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia mutakhir ini.

Semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dibenar untuk membuat pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.

Beliau bercakap berhubung perkara ini kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda negara pada masa ini serta telah memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara.

Katanya lagi bahawa inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun, boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing, tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan, katanya dalam sidang media di sini hari ini.