Ekonomi Terjejas Akibat COVID-19, Rusia Lancarkan Pelan Pemulihan Bernilai RM306.65 Bilion

Ekonomi Terjejas Akibat COVID-19, Rusia Lancarkan Pelan Pemulihan Bernilai RM306.65 Bilion

0
SHARE
Sumber Foto: pri.org

MOSCOW, RUSIA – Demi memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19, Rusia melancarkan pelan pemulihan bernilai AS$72 bilion (RM306.65 bilion) dan turut berikrar mempertingkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dalam negara.

Presidennya, Vladimir Putin yang dipetik AFP berkata bahawa pakej rangsangan itu dalam peringkat kelulusan bertujuan memulihkan penguncupan teruk serta mengembalikan semula pertumbuhan ekonomi ke landasannya.

Vladimir Putin…

Semalam, Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin yang mengumumkan pelan itu berharap ia mengembalikan ekonomi selepas berminggu-minggu melaksanakan perintah berkurung memaksanya rakyatnya duduk di rumah termasuk menutup semua sektor industri utama.

Dalam temubual televisyen bersama Putin, Mishustin berkata, pelan itu merangkumi lebih 500 pendekatan antaranya mempertingkatkan peluang pekerjaan, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi yang disasarkan pulih dalam tempoh dua tahun

Putin menggambarkan pelan itu sebagai ‘asas’ untuk memulihkan ekonomi dan menerapkan ‘perubahan struktur jangka panjang’.

Mikhail Mishustin…

“Keutamaan penting adalah menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda ini serta memastikan perubahan besar struktur untuk jangka masa panjang,” katanya.

Putin menyifatkan wabak itu ‘mempengaruhi secara serius semua cabang kehidupan’ dan berharap pelan pemulihan itu dapat dimulakan pada bulan depan.

Sementara itu Mishustin, mendedahkan pelan itu akan dilaksanakan dalam tiga peringkat, di mana peringkat pertama bermula dengan langkah menstabilkan ekonomi iaitu dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

“Seterusnya, fasa membangunkan semula ekonomi dan meletakkannya pada ‘landasan untuk pertumbuhan ekonomi yang stabil’,” katanya.

Russia sudah memperkenalkan pemotongan cukai bersasar dan memberikan beberapa bantuan kecemasan untuk keluarga dan mereka yang baharu menganggur sejak melaksanakan perintah berkurung akhir Mac lalu.