EKSA Tingkat Dan Bina Imej Warga HQE

EKSA Tingkat Dan Bina Imej Warga HQE

0
SHARE
Dr. Yogendran (Kiri) menyampaikan hadiah dan sijil Pertandingan Stor Terbaik kepada wakil daripada unit pengurusan hospital...

KOTA KINABALU, SABAH – Penglibatan dan sokongan setiap warga hospital terhadap program Ekosistem  Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang antara lain menekankan  persekitaran kerja yang bersih pasti membantu warganya berkerja dengan lebih sistematik seiring dengan penerapan imej korporat.

Timbalan Pengarah 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendran A/L Panchalingam  berkata, persekitaran yang bersih dan kondusif bukan saja membantu warga hospital  berkerja dengan selesa dan selamat malah  membantu meningkatkan imej hospital sekaligus membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahnya, warga kerja hospital  bukan sahaja perlu menjaga keperibadian serta  kebersihan diri sebaliknya perlu peka  terhadap kebersihan persekitaran kerana kedua-dua faktor menpengaruhi mutu perkhidmatan ke arah yang lebih cemerlang.

Dr. Yogendran berkata demikian semasa melancarkan Program Gotong Royong Perdana EKSA kali ke–dua 2018  bertempat di Perkarangan Lobi HQE Aras 2, pada Jumaat.

Hampir seluruh warga HQE, terdiri daripada ketua-ketua Jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan  daripada setiap wad dan klinik hadir menjayakan program.

Majlis pelancaran dimulai  dengan  sesi senamrobik diikuti penyampaian hadiah dan sijil Pertandingan Stor Terbaik seterusnya bergerak memulakan gotong royong  ke seluruh kawasan wad dan klinik. Antara tumpuan program gotong royong termasuklah  sekitar Jabatan Rehabilitasi serta Unit Hemodialisis.

Hadir sama Timbalan Pengarah  Bahagian Pengurusan, Jasnawati  Binti  Jasmin serta Pengerusi Jawatankuasa Promosi EKSA Peringkat HQE, Arshad Abdul Majid.