Eksklusif!!! Memeranjatkan, Ahli UMNO & Netizen Menyokong Penuh Kenyataan Dr Maszlee Agar...

Eksklusif!!! Memeranjatkan, Ahli UMNO & Netizen Menyokong Penuh Kenyataan Dr Maszlee Agar Skandal 1MDB Dimasukkan Ke Dalam Silibus Sejarah Malaysia?

0
SHARE
Dr Maszlee Malik...

KUALA LUMPUR – Reaksi spontan dan postif yang ditunjukkan oleh sebilangan besar ahli UMNO dan rakyat Malaysia melalui laman media sosial Facebook dengan menyokong kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sewajarnya diberikan petimbangan serius oleh beliau.

Sebelum ini Dr Maszlee berkata “Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam silibus sejarah Malaysia yang baharu, sebagai satu usaha memastikan ia dipelajari, dan tidak akan diulangi oleh generasi akan datang.”

Dr Maszlee membuat kenyataan tersebut ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) sewaktu sesi Dewan Rakyat, kelmarin.

Mazlee berkata lagi, “turut akan dimasukkan dalam silibus itu ialah senarai kes-kes besar khazanah negara yang beliau dakwa disamun oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.”

“KPM akan menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan kurikulum dan buku teks sejarah, dan jawatankuasa ini akan berkerjasama dengan jawatankuasa yang sedia ada”.

Dalam video yang disiarkan oleh M.Kini TV yang berdurasi 2.41 minit Dr Maszlee telah membuat kenyataan tersebut pada minit ke 1.

Menyedari tindak balas negatif daripada orang ramai kepada Dr Maszlee, Setiausaha Akhbar kepada Dr Maszlee telah membuat penafian kononnya beliau tidak membuat kenyataan tersebut. Untuk rekod kenyataan Dr Maszlee telah dirakamkan pada sesi jawapan balas di Parlimen dan ianya boleh dirujuk melalui hansard Parlimen.

Sehubungan dengan itu, ahli UMNO dan rakyat Malaysia dilihat memberikan tindak balas (respon) yang amat baik dengan kenyataan terbaru Dr Maszlee tersebut.

Salah seorang pengguna laman media sosial Facebook, Sheila Hafieza sebagai contoh berkata “Saya menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan ini. Sesungguhnya ia adalah pelajaran yang amat berguna kepada generasi muda agar mematuhi amanah penjagaan harta negara”.

Sheila turut berkata “Saya juga ingin mencadangkan kepada Menteri Pendidikan agar menambah sedikit beberapa lagi isu sejarah negara yang boleh dimasukkan dalam silibus pendidikan untuk mendidik generasi muda agar tidak menjadi manusia munafik. Sejarah yang saya cadangkan yang pertama adalah skandal PKFZ , kedua skandal Forex , ketiga projek Bakun , keempat kes Liwat dan kelima berkaitan isu Memali.”

Dalam pada itu, Mantan Ketua Pemuda Parti UPKO pula turut berkongsi pandangan beliau dengan menyatakan “saya tidak ada masalah agar 1MDB diajar di sekolah. Tetapi jangan lupa masukkan juga mengenai Kerugian Forek oleh BNM, Isu Perwaja Steel, kerugian Bank Bumiputera, MA63 (Malaysia Agreement) pembentukan Malaysia bersama Sabah dan Sarawak dimana hampir 55 tahun selepas perjanjian tersebut dimeterai hasil 40% pendapatan negeri Sabah belum lagi dibayar”.

Dato’ Seri Najib turut berkongsi pandangan beliau melalui laman sosial facebook dengan berkata, “saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah.”

“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolahJangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka”, Najib berkata lagi.

Wujud juga beberapa cadangan daripada rakyat termasuk penganalisis politik di Sabah agar turut dimasukkan didalam silibus sejarah oleh Maszlee di sekolah, adalah berkaitan projek pemberian IC (My Kad) ataupun lebih dikenali sebagai “Projek M” kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada tahun 1990.

Turut disentuh juga adalah senarai nama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sabah yang berlaku khianat dengan melompat parti bagi menyokong parti Warisan sehingga kerajaan negeri Sabah ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN) di Sabah tumbang.

Ini berlaku akibat tindakan beberapa¬†ADUN Barisan Nasional yang telah menang melompat parti sekaligus menyebabkan pelanggaran perlembagaan negeri Sabah dimana Sabah sebelum ini mempunyai dua Ketua Menteri. Beberapa wakil rakyat yang melompat ini juga telah mendapat jolokan dan gelaran wakil rakyat ‘Kepala Katak’ oleh sebilangan besar rakyat Sabah.

“Ini amat penting untuk mendidik pelajar-pelajar untuk memertabatkan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan memilih mereka berdasarkan parti yang mereka telah didaftarkan sebagai wakil rakyat semasa penamaan calon, sebaliknya apabila telah menang mereka berlaku khianat dan melompat parti” menurut beberapa orang netizan yang enggan nama mereka didedahkan.

Berikut dikongsikan beberapa komen-komen para netizen di laman media sosial Facebook berhubung isu ini: