Enggan Campur Tangan Dalam Siasatan AS-Rusia, Peguam Negara AS Letak Jawatan

Enggan Campur Tangan Dalam Siasatan AS-Rusia, Peguam Negara AS Letak Jawatan

0
SHARE
Jeff Sessions...

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT – Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeff Sessions meletak jawatan selepas lebih setahun menerima ‘serangan’ kerana enggan campur tangan dalam siasatan kerjasama AS-Rusia ketika kempen pilihan raya presiden 2016 lalu.

Memetik laporan Reuters, Sessions, 71, mengumumkan peletakan jawatannya semalam, menerusi surat kepada Presiden AS, Donald Trump dengan menyatakan ‘atas permintan anda’.

Peletakan jawatan itu, seperti telah diduga kerana Trump sebelum ini ‘menyerang’ Sessions yang tidak mahu terlibat dengan siasatan terbabit.

Presiden berkenaan turut menyalahkan Sessions kerana keengganan beliau menyebabkan Pendakwa Raya Khas, Robert Mueller, mengetuai siasatan yang menumpukan kepada persoalan sama ada Trump cuba menghalang siasatan berhubung dakwaan terbabit.

Sementara itu, Rusia dan Trump menafikan bersubahat dan presiden itu turut menafikan beliau cuba menyekat siasatan.