Exco Pemuda UMNO Marah Terhadap Komen Datuk Siti Nurhaliza

Exco Pemuda UMNO Marah Terhadap Komen Datuk Siti Nurhaliza

0
SHARE
Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – Komen yang diberikan Datuk Siti Nurhaliza terhadap satu posting yang dikongsikan penyanyi Yasin Sulaiman mengundang kemarahan Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah terhadap penyanyi kesayangan negara tersebut.

Siti Nurhaliza memberikan komen yang berbunyi “Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih” sambil menyelitkan satu ’emoticon’ ketawa sebagai tanda bergurau.

Namun, memetik petikan akhbar Harian Ekspres sebagai berkata Armand tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan Siti yang mana mendorongnya untuk membalas kata-kata Siti di laman Facebooknya.

“Untuk makluman Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin,” tulis Armand sambil membuat perkongsian satu video yang berdurasi selama 3 minit 54 saat bersama-sama gambar Pemuda UMNO ke Gaza dalam misi menghulurkan sebagai bukti.

Armand kemudiannya mengaskhiri entrinya dengan satu sindiran kepada Datuk Siti Nurhaliza yang mahukannya untuk bertanya kepada Datuk K bila dia hendak ke Gaza Palestin.

Siti yang terkejut dengan tindakan Armand itu kemudiannya memohon maaf pada ruangan komen di entri yang dimuat naik Armand di Instgram seandainya hati terasa.

Posting tersebut merupakan satu gambar pertembungan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Bersatu (Armada) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini juga disertakan bersama sedikit cerita tentang kejadian tersebut.

Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum ‘Nothing To Hide 2.0’ menjadi kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO.

Sekitar 30 anggota Armada pada awalnya berarak dari Pusat Membeli-Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, mereka dihalang kira-kira 100Pemuda UMNO hingga menyebabkan berlaku tolak-menolak antara mereka sehinggakan Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.