Filipina Digesa Oleh China Dalam Membanteras Sindiket Perjudian Atas Talian

Filipina Digesa Oleh China Dalam Membanteras Sindiket Perjudian Atas Talian

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

MANILA, FILIPINA – Wujud dakwaan bahawa ramai rakyat China yang telah diumpan untuk  berkeja di syarikat perjudian atas talian di Filipina sehingga desakan dibuat oleh China kepada Filipina untuk membanteras sindiket perjudian tersebut.

Kedutaan China di Filipina yang dipetik Reuters berkata bahawa selain ditipu dan diperas ugut, rakyat negara itu terdedah dengan ‘perhambaan moden’.

Katanya, sejumlah besar mata wang China digunakan di Filipina menerusi penggubahan wang dan perbankan haram.

Tambahnya, rakyatnya diambil masuk secara haram ke dalam industri yang dipenuhi masalah sosial dan jenayah di negara itu.

Selain itu, hak rakyatnya dianiaya sementara puluhan lagi diculik, diseksa dan didera secara fizikal oleh majikan tempatan yang merampas pasport mereka.

Justeru, China menggesa satu langkah kukuh dan berkesan untuk menghalang dan menghukum kasino Filipina dan segala bentuk perjudian selain menumpaskan jenayah yang boleh memudaratkan rakyatnya.

Aduan itu timbul apabila Ahli Parlimen dan beberapa menteri Filipina mula menggesa rakyat China yang memasuki negara itu dikawal ketat, menyatakan ramai daripada mereka bekerja menggunakan visa pelancong.

Tambahan pula, isu itu timbul di tengah hubungan tegang antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang melihat pertambahan provokasi oleh pengawal pantai dan tentera China serta nelayan haram tahun ini di Laut China Selatan.