Gabenor Baitulmaqdis Ditahan Tentera Israel Tanpa Kesalahan Yang Tidak Dinyatakan – PLO

Gabenor Baitulmaqdis Ditahan Tentera Israel Tanpa Kesalahan Yang Tidak Dinyatakan – PLO

0
SHARE
Adnan Gheith ditahan tentera Israel atas kesalahan yang tidak dinyatakan... (Sumber Foto: Dok. Twitter @muntaser_buz)

BAITULMAQDIS, PALESTIN – Tentera Israel menahan gabenor Baitulmaqdis berketurunan Palestin atas kesalahan yang tidak dinyatakan, kata Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semalam.

Menurut PLO yang dipetik AFP, Adnan Gheith ditangkap petang Sabtu lalu di kawasan penempatan Beit Hanina di timur Baitulmaqdis.

“Ancaman dan penanahan pemimpin politik dan komuniti Palestin, termasuk penculikan Gheith, adalah sebahagian pelan Israel menghapuskan sebarang yayasan untuk penyelesaian politik berdasarkan dua negara di sempadan 1967,” kata Setiausaha Agung PLO, Saeb Erekat dalam satu kenyataan.