Gagal Tunaikan Janji Reformasi, Perdana Menteri Finland Letak Jawatan

Gagal Tunaikan Janji Reformasi, Perdana Menteri Finland Letak Jawatan

0
SHARE
Juha Sipila...

HELSINKI, FINLAND – Perdana Menteri Finland, Juha Sipila meletak jawatan berkuatkuasa kelmarin selepas memberi surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Finland, Sauli Niinist.

Menurut sumber laporan awal, keputusan peletakan jawatan terebut diambil berikutan kegagalan kerajaan memerintah memperbaharui ataupun membuat reformasi dalam sistem penjagaan kesihatan yang menjadi antara dasar utamanya.

Sipila menyifatkan kegagalan meluluskan reformasi itu sebagai ‘kekecewaan besar’…

Sejak 2015, beliau mengetuai kerajaan pakatan daripada parti Tengah, parti konservatif Pakatan Nasional dan parti anti Eropah Blue Reform.

Ketiga-tiga parti itu gagal bersetuju terhadap pakej reformasi terbabit walaupun Sipila menjadikannya sebagai salah satu keutamaan kerajaan. Beliau berulang kali mengancam untuk meletak jawatan, jika reformasi itu tidak dilaksanakan.

Bekas ahli perniagaan itu meraih pendapatan berjuta sebagai usahawan teknologi maklumat (IT), sebelum menjadi Perdana Menteri pada 2015.

Sipila melihat reformasi itu penting untuk mengurangkan peningkatan kos merawat penduduk yang pantas menjadi semakin berusia.