Gaji Bulanan Madius RM71,932, Harta Bernilai RM6,170,346, Bantuan RM600 Mahu Sapu Juga...

Gaji Bulanan Madius RM71,932, Harta Bernilai RM6,170,346, Bantuan RM600 Mahu Sapu Juga Kah?

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Mengejutkan, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau tanpa segan dan malu sanggup menerima bantuan BMT sebanyak RM600, pada ketika ahli Parlimen Tuaran itu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM71,932 dan harta bernilai RM6,170,346.

Bukti Gaji Madius Tangau RM71,932 dan mempunyai harta bernilai RM6,170,346…

BMT (Bantuan Musim Tengkujuh) adalah pakej bantuan khas kepada penoreh-penoreh getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh…

“Tiada peraturan mengatakan seorang menteri tidak berhak menerima bantuan RM600 itu. Saya memiliki kebun getah seluas 10 ekar di Tamparuli,” Madius dipetik sebagai berkata seperti yang diterbitkan oleh portal Freemalaysiatoday.com pada Sabtu.

Di Kobe, Jepun, Madius mengucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui agensinya Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kerana memberikan beliau bantuan RM600 melalui skim BMT.

“Dua kenyataan Madius itu jelas membuktikan bahawa beliau seorang menteri yang sangat rakus, tidak berhati perut dan tamak sehingga bantuan sekecil itu pun beliau sapu tanpa kompromi,” dakwa beberapa orang individu yang ditemui bagi mengulas kenyataan oleh Madius.

Wartawan Freemalaysiatoday.com, Jason Santos menulis berita mengenai Madius dengan tajuk: ‘Saya berhak terima bantuan monsun RM600, kata timbalan Ketua Menteri’.

Persoalannya bukan Berhak? atau Tidak?, isunya Madius seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM71,932, wajarkah dia menerima bantuan RM600 itu?

Sumber foto dipetik daripada komen netizen di laman media sosial Facebook…

Seorang penoreh getah dari Tamparuli berkata, “Madius sepatutnya menolak bantuan itu secara terbuka dan bukan membuat pengumuman secara terbuka untuk menyatakan bahawa beliau juga berhak untuk bantuan yang selayaknya hanya untuk orang miskin seperti pekebun-pekebun getah.”

“Dia (Madius) tidak boleh bercakap bahawa dia berhak jika dia seorang menteri atau manusia yang benar-benar berjiwa rakyat,” komen seorang pekebun dari Kota Belud kepada wartawan Malaysiakini2.com.

Sumber foto dipetik daripada komen netizen di laman media sosial Facebook…

“Madius sepatutnya memberitahu media bahawa dia ‘boleh menerima atas hak’, tetapi mengembalikan semula kepada kerajaan,” jelas seorang pekebun getah dari Tuaran yang enggan namanya dipetik.

Selepas ini, Madius mungkin akan membuat kenyataan untuk memberitahu dunia bahawa beliau akan menolak bantuan itu, dan pada gimiknya akan membuat majlis serah semula duit RM600 itu kepada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Sesuatu yang perlu kita insafi di sini ialah, Tuhan mula membongkar satu-persatu kejahatan Madius.

Sama ada anda beragam Islam, Kristian atau agama apa pun, setiap kejahatan yang terbit dalam hati nurani anda pasti beginilah pemula pembalasan Tuhan. Bersiap sedia lah sebelum terlambat.

Pada Sabtu baru-baru ini, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerbitkan Cekrol Pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang menyenaraikan Madius Bin Tangau yang merujuk kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Wilfed Madius Tangau sebagai salah seorang penerima dengan rekod daftar TU150907/No. Bil 963.

Bukti Madius Menerima Bantuan Daripada LIGS…

Bayaran itu bagi bulan November 2018, Disember 2018 dan Januari 2019 sebanyak RM600 yang pembayarannya telah pun dikreditkan ke akaun isterinya.

Dalam pada itu, isu ini turut menarik ramai ulasan pemerhati politik yang turut berkata ‘Isu RM600 dan Madius’ adalah pemula kepada perangai sebenar Madius dalam arena politik.

“Boleh harap kah dia?” Biar kita imbas sedikit kisah PRU-14 dengan Madius…

Madius merupakan pemimpin pertama yang menerbitkan banyak risalah sebaran ‘cybertrooper’ UPKO yang mengutuk Datuk Seri Shafie Afdal sebagai ‘TONDUO’. Madius memberitahu banyak kali dalam ceramah politiknya di Parlimen Tuaran bahawa jika Shafie dan parti Warisannya menang pilihanraya, ‘TONDUO’ kedua akan berlaku.

Madius juga mengutuk Shafie kerana tidak menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ketika beliau (Shafie) seorang Naib Presiden UMNO.

Terlalu banyak fitnah dan kutukan Madius terhadap Shafie sepanjang kempen PRU-14 yang lalu…

Kemudian sebaik tamat PRU-14, Madius merayu-rayu kepada Shafie agar diterima sebagai rakan kongsi untuk membentuk kerajaan gabungan.

“Madius yang memujuk YB-YB UPKO untuk berpaling tadah, dan salah seorangnya ialah wakil rakyat Kadamaian Ewon Benedict (Sekarang Datuk), Ewon dijanjikan jawatan menteri jika dia belot kepada Musa,” dedah seorang bekas ahli UPKO dari Cawangan Penampang Baru yang kini telah menyertai parti BERSATU pada Sabtu baru-baru ini.

Shafie perlu berhati-hati dengan Madius kerana beliau seorang manipulator politik yang cukup licik. Khabar angin bahawa UPKO pada PRU-15 merupakan seteru kepada Warisan bukan sesuatu yang memeranjatkan, justeru Shafie perlu bersiap-siaga.