Gangguan Teknikal Secara Global Buat Pengguna Instagram & Facebook

Gangguan Teknikal Secara Global Buat Pengguna Instagram & Facebook

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Laman media sosial popular Facebook dan Instagram hari ini, mengalami masalah atau gangguan teknikal secara global. Setakat jam 9.45 pagi tadi, jutaan pengguna dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing.

Gangguan teknikal global ini menyebabkan para pengguna Facebook dan Instagram tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.

Facebook menurut dalam satu kenyataan mereka menerusi laman media sosial Twitter, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera supaya para pengguna boleh mengakses semula masuk ke akaun mereka masing-masing.

“Kami mengesahkan masalah yang dialami hari ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Instagram di akaun Twitternya pula berkata, masalah tersebut sangat mengecewakan dan pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki gangguan tersebut secepat mungkin.

Gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.