GAUM Bubar Secara Rasmi Hari Ini

GAUM Bubar Secara Rasmi Hari Ini

0
SHARE
Datuk Zulkarnain Mahdar...

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 2015, secara rasminya dibubarkan hari ini.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata dengan pengumuman itu, semua cawangan GAUM di seluruh negara turut dibubarkan hari ini.

“Saya juga ingin menegaskan dan memberikan amaran, (saya) telah mengumpulkan panel peguam bagi tindakan menyaman individu yang cuba menyerang, memfitnah dan menakut-nakutkan saya, keluarga dan ahli-ahli saya selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih Putrajaya.

“Saya juga akan membuat laporan secara rasmi kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melihat masa depan aktivis masyarakat seperti kami, yang berlawanan arus dengan Pakatan Harapan agar keselamatan kami dapat terus terjamin dan kebebasan bersuara dapat dipelihara sepenuhnya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya beliau percaya sistem keadilan di negara ini masih dalam keadaan normal serta bebas daripada campur tangan pihak ketiga dan menggesa pimpinan PH termasuk sekutunya iaitu Parti Warisan di Sabah agar menghormati pihak lawan mereka secara berhemah dan dapat menasihati ahli-ahli mereka untuk tidak membuat provokasi yang melampau terhadap pihak lawan mereka.

Zulkarnain turut berharap agar undang-undang di Malaysia perlu di kehadapankan dengan telus dan adil.