GEMPAR!!! David Biadap Depan PM, Kena Tampar Sulaiman ‘Mat Over’

GEMPAR!!! David Biadap Depan PM, Kena Tampar Sulaiman ‘Mat Over’

0
SHARE

PUTRAJAYA – Akibat berlaku biadap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, David Teo telah ditampar oleh Sulaiman Yassin atau ‘Mat Over’ di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri – Segmen Penggiat Seni yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri.

Insiden itu berlaku disebabkan David tidak berpuas hati dengan cara kendalian Datuk Rosyam Nor sebagai moderator pada majlis tersebut kerana tidak bersifat adil kepada semua peserta yang hadir termasuklah kepada dirinya.

Dalam video yang tular di laman sosial itu, semasa berlaku ketegangan dalam perbicaraan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan, Mat Over tiba-tiba muncul daripada tempat duduk peserta dan menuju ke arah David lalu menamparnya kerana tidak berpuas hati dengan sikap David yang biadap dan kurang sopan di hadapan Najib.

Atas nasihat moderator majlis, David dan Mat Over bersalaman di hadapan Najib sebagai tanda berdamai.

Walaupun Mat Over mendakwa insiden itu adalah ‘gimik’ bagi majlis tersebut, David tetap menafikan dakwaan berhubung perkara itu.