GEMPAR!!! Jenazah Keluar Semula Dari Liang Lahad

GEMPAR!!! Jenazah Keluar Semula Dari Liang Lahad

0
SHARE

PONTIANAK, INDONESIA – Penduduk di bandar ini gempar dengan penemuan jenazah yang lengkap dengan kain kafan yang tiba-tiba ‘keluar’ dari sebuah kubur.

Jenazah berkenaan dijumpai di atas sebuah kubur di Tempat Pemakaman Umum di Jalan Hasanudin di Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat pada Isnin lalu.

Jawa Pos melaporkan, jenazah itu dijumpai seorang penduduk yang memotong rumput di kawasan kubur berkenaan sebelum menghubungi polis.

Berita mengenai penemuan ‘mayat keluar dari kubur’ itu segera tersebar menyebabkan orang ramai berkumpul di lokasi kejadian.

Jurucakap polis Pontianak Barat, Kompol Bermawis memberitahu, jenazah itu dipercayai ‘keluar’ dari kubur akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

“Hujan lebat menyebabkan kawasan kubur ini dinaiki air dan mengakibatkan jenazah ini terkeluar dari liang lahad.

“Selepas disiasat waris kepada jenazah berkenaan datang dan mengesahkan mayat itu adalah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebulan lalu,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa menolak sebarang unsur mistik atau jenayah berkaitan kejadian berkenaan.

Tambahnya, jenazah itu dimasukkan ke dalam keranda sebelum dikebumikan kembali oleh keluarganya.