GEMPAR!!! Perkahwinan Sejenis Pertama Berlaku Di Tawau

GEMPAR!!! Perkahwinan Sejenis Pertama Berlaku Di Tawau

0
SHARE

TAWAU – Gempar dan menjadi perbualan hangat bukan sahaja kepada masyarakat Cina tetapi juga kepada seluruh masyarakat di Malaysia ini berkenaan satu majlis perkahwinan sejenis yang berlaku di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Ivan Shing Yan (28 tahun) & Winson Hsu Wing (26 tahun) berkenalan 3 tahun lepas dan di situ segalanya bermula. Mereka juga bersama sama membuka Ding Tea Cafe, jenama minuman dari Taiwan di Pusat Komersil Bintang Kubota Tawau.

Menurut sumber berita bahasa Mandarin yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu bahawa mereka mengadakan majlis “proposal” atau deklarasi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur pada minggu lepas. Selepas majlis itu, mereka masing-masing telah mengumumkan kisah percintaan serta majlis perkahwinan kepada umum di laman media sosial Facebook┬ámilik mereka.

Ivan dimaklumkan pernah berkahwin secara normal sebelum ini, namun ikatan perkahwinan tersebut tidak berpanjangan.

Video majlis tersebut mula dikongsikan menggunakan platform vimeo dan mula menarik perhatian ramai.

Mereka belum buat keputusan di negara mana mahu mendaftarkan perkahwinan mereka.

P/S Admin; Bagi admin dan warga bongkarTV sangat TIDAK BERSETUJU dengan perkembangan ini. Walaupun keadaan ini nampaknya seperti tidak mendapat tentangan dari masyarakat Cina, tetapi sebagai orang Islam admin harap ianya tidak menular dalam masyarakat kita keseluruhannya…Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat dan ambil tindakan sewajarnya kepada perkara ini..