GILA!!!ROMPAKAN TERBUKA PENJENAYAH BERSENJATA PARANG

GILA!!!ROMPAKAN TERBUKA PENJENAYAH BERSENJATA PARANG

0
SHARE

Ampang – Sekumpulan penjenayah telah bertindak berani dengan bersenjatakan parang bertindak ganas apabila menyamun sebuah restoran di Taman Melawati dipercayai, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias telah mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam di mana enam lelaki tempatan yang memakai topi keledar telah bertindak nekad menyamun pelanggan dan pekerja di restoran terbabit.

Dalam kejadian yang singkat itu, suspek turut dipercayai mengambil wang tunai dari peti tunai kedai berkenaan dan terus melarikan diri.

Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM29,000.

Hamzah Alias juga turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.