Giliran Jordan Haramkan Permainan PUBG

Giliran Jordan Haramkan Permainan PUBG

0
SHARE

AMMAN, JORDAN – Selepas Indonesia baru-baru ini yang mengharamkan permainan peperangan tembak-menembak dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battleground’ atau lebih dikenali ‘PUBG’, kini giliran Kerajaan Jordan pula mengharamkan permainan tersebut yang menjadi kegilaan khususnya golongan remaja atas alasan ia memberi kesan negatif ke atas rakyat negara itu.

Memetik laporan AFP, permainan ini yang sering diumpamakan seperti siri buku dan filem ‘The Hunger Games’, permainan ‘PUBG’ meletakkan pemain menentang antara satu sama lain menggunakan watak yang terdampar di sebuah lokasi terpencil dalam perlawanan sehingga mati.

Mutakhir ini, ‘PUBG’ telah menjadi antara permainan peranti mudah alih paling popular di dunia…

“Permainan video itu mempunyai kesan negatif kepada pemain yang membawa kepada sekatan ke atasnya di negara ini,” jelas satu sumber dalam Pentadbiran Kawal Selia Telekomunikasi Jordan.

Pada bulan Mei lalu, gergasi teknologi China, Tencent berhenti menawarkan permainan video tersebut kepada orang ramai sebaliknya menghubungkan pelanggan mereka ke program hampir serupa yang syarikat itu cipta dan lancarkan sendiri.

PUBG sangat popular di Jordan sehinggakan beberapa institusi awam terpaksa mengeluarkan amaran supaya kakitangan mereka tidak bermain permai­nan video tersebut.