Gol Adam Lallana Selamatkan Liverpool Kalah Kepada Manchester United

Gol Adam Lallana Selamatkan Liverpool Kalah Kepada Manchester United

0
SHARE

MANCHESTER, ENGLAND – Gol Adam Lallana berjaya selamatkan juara Eropah Liverpool daripada kekalahan ketika berdepan  Manchester United tengah malam tadi. Ini sekaligus Liverpool gagal menyamai rekod 18 kemenangan sederet dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringan kontroversi Marcus Rashford membolehkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mendahului 1-0 pada babak pertama, tapi mereka tidak dapat bertahan apabila membiarkan Lallana yang masuk sebagai pemain gantian tidak dikawal lalu menemui gawang lima minit sebelum masa tamat.

Liverpool kini enam mata di depan Manchester City dan kekal di tangga teratas namun hampa untuk terus memastikan United terus tenggelam di tangga ke-13 dengan dua mata lagi ke zon penyingkiran.

United bagaimanapun berjaya menyahut cabaran Solskjaer untuk bangkit.

Ternyata kelibat Mohamed Salah yang tidak diturunkan oleh Liverpool akibat kecederaan sangat memberi kesan terhadap aksi yang dipamerkan oleh skuad The Reds.

Liverpool selalaku pasukan pelawat kembali menggunakan khidmat penjaga gol Brazil, Alisson Becker yang pertama kali disenaraikan selepas sembuh dari kecederaan jarang diuji United yang memilih untuk berkubu di kawasan mereka dan sesekali melancarkan serangan balas.

Solskjaer juga beralih ke formasi 3-5-2 dalam usaha mengekang pergerakan sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson dan ia nyata langkah berkesan apabila United berjaya menghalang mereka mencipta lebih banyak peluang.