GSK Bekerjasama Dengan CEPI Dalam Usaha Cipta Vaksin Bagi ‘Coronavirus’

GSK Bekerjasama Dengan CEPI Dalam Usaha Cipta Vaksin Bagi ‘Coronavirus’

0
SHARE

LONDON – Syarikat penghasilan ubat Britain, GlaxoSmithKline Plc (GSK) bekerjasama dengan Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dalam usaha membangunkan vaksin bagi wabak ‘Coronavirus’, kata GSK dan CEPI, hari ini.

GSK akan menghasilkan ‘teknologi platform bahan pembantu’ terbuka untuk menghasilkan vaksin bagi virus 2019-nCoV, menurut kenyataan.

Penggunaan bahan pembantu itu membenarkan penghasilan lebih banyak dos, sekali gus meningkatkan ketersediaan kepada lebih banyak orang.

Kenyataan tersebut yang dipetik Reuters berkata bahawa GSK akan bekerjasama dengan entiti dibiayai CEPI dengan perjanjian pertamanya akan dimeterai antara penghasil ubat Britian dan Universiti Queensland, Australia.

Wabak seakan-akan selesema yang merebak secara pantas sudah mengorbankan lebih 300 rakyat China, manakala menular di banyak negara dan menyebabkan ekonomi kedua terbesar dunia melanda kekangan perjalanan dan penutupan perniagaan.

Ketika ini, tiada vaksin yang berupaya melawan coronavirus tetapi beberapa organisasi termasuk CEPI, sebuah badan awam swasta berpangkalan di Norway sedang berusaha menghasilkannya.

Institut Pertubuhan Pasteur Perancis Jumaat lalu, mengumumkan sudah menubuhkan pasukan petugas bagi menghasilkan vaksin melawan virus itu dalam tempoh 20 bulan, manakala Menteri Penyelidikan Jerman menjangkakan vaksin itu akan dihasilkan beberapa bulan lagi.