Guru Ditemukan Mati Dalam Bilik Hotel

Guru Ditemukan Mati Dalam Bilik Hotel

0
SHARE
ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki itu...

RANAU, SABAH – Seorang guru lelaki yang mengajar di SK Penengah, Tongod ditemui mati oleh dua pekerja dalam sebuah bilik hotel di Pekan Ranau, dekat sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan insiden itu berkata mangsa, Shuhamly Bin Suhaimi, 36, dari Muhibbah Raya Jalan Kuhara Tawau, mendaftar masuk ke hotel itu pada 26 Mei.

“Dua saksi tersebut sedang membersihkan bilik pada sekitar jam 10.30 pagi pada Isnin apabila mereka mendapati bilik mangsa terkunci. Mereka mengetuk pintu tetapi selepas tidak menerima sebarang balasan, mereka menggunakan kunci induk untuk membuka pintu.

“Mereka menemui mangsa terbaring di atas lantai berhampiran pintu tandas, lengkap berpakaian baju kelabu dan jeans biru. Polis kemudiannya dihubungi dan selepas siasatan dibuat, tiada tanda pecah masuk ditemui,” katanya.

Menurut Farhan, sejak mangsa mendaftar masuk pada jam 4.30 petang Sabtu lepas, dia tidak pernah sekalipun keluar dari bilik, sehinggalah dia ditemui dua pekerja tersebut. Mayat itu dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.