Hajiji Diserang Bertubi-Tubi Oleh Pimpinan Dan Ahli Warisan Selepas Komen Tidak Bersetuju...

Hajiji Diserang Bertubi-Tubi Oleh Pimpinan Dan Ahli Warisan Selepas Komen Tidak Bersetuju Pemberian Dokumen Kepada PATI?

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

TUARAN, SABAH – Kepimpinan parti dan ahli parti Warisan Sabah dilihat bertubi-tubi menyerang Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selepas beliau bersuara mempertahankan agar Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Sabah tidak diberikan dokumen yang sah.

Datuk Seri Panglima Hajiji yang juga Pengerusi Perhubungan Sabah Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) menyatakan perkara tersebut semasa sesi bertemu rakyat di Tuaran beberapa hari yang lalu.

Video ucapan Hajiji tersebut turut tular di laman media sosial  Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin juga mendapat reaksi balas oleh Dato’ Aziz Jamman Ketua Wira Parti Warisan Sabah.

 

 

 

 

 

 

Aziz yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini menafikan kerajaan negeri ada memberikan dokumen kepada PATI di Sabah.

Aziz turut menyerang Hajiji dengan kenyataan pedas kononnya
Hajiji turut terlibat dengan pemberian Kad Pengenalan kepada PATI di Sabah sebelum ini.

“Hajiji lupa masalah PATI di Sabah adalah peninggalan UMNO/BN, malah Hajiji telah diceritakan dalam sebuah buku tulisan Chong Eng Leong sebagai terlibat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI. Telah diceritakan dalam sebuah buku tulisan Chong Eng Leong sebagai terlibat pemberian Kad Pengenalan kepada PATI”, kata Aziz dalam satu kenyataannya.

Dalam pada itu, membalas kenyataan Aziz tersebut, aktivis politik yang pro kepada Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) yang enggan namanya disiarkan pula menempelak Aziz dengan kenyataan “Aziz mungkin dalam keadaan kebingungan semasa membuat kritikan kerana belum pulih daripada kecederaan yang beliau alami. Tuduhan liar kononnya Hajiji telah terlibat dalam pemberian dokumen kepada PATI di Sabah semasa era BN hanya melalui buku tulisan Chong tidak sepatutnya dilakukan oleh Timbalan Menteri seperti Aziz.”

“Untuk makluman Aziz, Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah telah ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kerakyatan dan pendatang di Sabah. Ia berkaitan dengan Projek IC dan untuk makluman Aziz pula, Hajiji langsung tidak pernah dipanggil oleh panel Suruhanjaya terbabit untuk diambil keterangan kerana Hajiji langsung tidak pernah terlibat dengan pemberian Kad Pengenalan seperti yang didakwa oleh Chong Eng Leong tersebut.”

“Kalaulah Aziz dengan sewenang-wenangnya boleh menuduh Hajiji terlibat dengan pemberian dokumen kepada PATI semasa era BN dahulu, mungkin kerana status Hajiji sebagai bekas pemimpin UMNO, yang peliknya kenapa Aziz tidak pula melihat siapa Shafie Adpal?, bukankah Shafie mempunyai kedudukan yang jauh lebih tinggi dalam UMNO sebelum ini jika dibandingkan dengan Hajiji, sepatutnya Aziz turut melibatkan Shafie di dalam pemberian My Kad tersebut memandangkan kedudukan Shafie lebih tinggi dalam hieraki kepimpinan UMNO sebelum ini”.

Pemimpin BERSATU lainnya pula turut mengulas dan berkata “Hajiji tidak pernah menuduh kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Shafie telah memberikan dokumen kepada PATI di Sabah, sebaliknya Hajiji hanya berkata sekiranya wujud cadangan untuk memberikan dokumen kepada PATI maka beliau akan menentang cadangan tersebut.”

“Hajiji menyatakan perkara tersebut dalam Majlis bersama rakyat sebagai jaminan untuk pengundi di bawah Parlimen Tuaran selepas mereka menyoal Hajiji merujuk kepada beberapa gambar dan Video yang tular kononnya sebagai program pemberian dokumen kepada PATI di Sabah”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk rekod Shafie Apdal pernah mengeluarkan kenyataan pada 26 Jun 2018, Kerajaan Negeri Sabah akan mengkaji mengeluarkan dokumen khas kepada pekerja asing yang tidak sah di Sabah untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh di Sabah.

Shafie Apdal, berkata “satu jawatankuasa khas akan dibentuk memperincikan proses mengesahkan pekerja haram dan kita akan melihat bagaimana dokumen khas boleh dikeluarkan kepada pekerja (haram) di Sabah”.