Hanifa, Akuilah Silap, Jangan Asyik Gembira Saja – Dr Kamarul

Hanifa, Akuilah Silap, Jangan Asyik Gembira Saja – Dr Kamarul

0
SHARE
Hanipa Maidin, Pengerusi Kanun PAN merangkap ahli Parlimen Sepang

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menggunakan ungkapan ‘kalau saya Tuhan’ ketika bertikam lidah di parlimen dengan wakil BN.

Menurut laporan berita Malaysia Kini, kenyataan Hanipa itu mendapat kecaman dan reaksi pelbagai pihak termasuklah ada yang memintanya bertaubat.
Sumber Gambar; RTM

“Saya sedar ada pihak agama tertentu mengkritik saya dan menyatakan kenyataan saya bercanggah dengan akidah. Saya hormat kenyataan mereka.

“Tapi saya mohon maaf kerana saya tidak akan tarik balik kenyataan saya tersebut. My concscience is very clear (niat saya jelas).

“Ada juga minta saya bertaubat dan istighfar. Terima kasih kerana ingatkan saya. Taubat, is after all, an ongoing process anyway (taubat adalah proses yang bereterusan).

“Bagi yang maki hamun saya, insyaAllah saya tak marah, malahan saya sedia maafkan jika andainya mereka bersalah kepada saya. Saya, insyaAllah, a firm believer kepada freedom of speech and expression (percaya kepada kebebasan bersuara dan berkspresi),” katanya.

Hanipa menjelaskan, meskipun pelbagai kritikan yag dilemparkan kepedanya berhubung isu itu, beliau merasakan semakin dekat dengan Tuhan dan bersyukur kerana mendapat sokongan ahli keluarganya.

Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengulas perkara itu mengingatkan bahawa ungkapan berkenaan sangat bahaya kepada akidah orang yang mengucapkannya.

Ini kerana, jelas Mohd Asri, ungkapan berkenaan seakan menggambarkan apa yang dilakukan tuhan selama ini tidak tepat atau salah.

Justeru, kata Mohd Asri yang tidak menyebut nama Hanipa secara spesifik, orang yang menggunakan ungkapan itu perlulah bertaubat kerna dikhuatiri menafikan hikmah ciptaan Tuhan.

Sementara itu, Hanipa menegaskan beliau berterima kasih dan hormat pandangan semua pihak.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak yang ingin menghukum seseorang perlulah baca dan dengar secara keseluruhan ucapan orang yang ingin dihukum.

“Itu baru, bagi saya, kaedah sebenar dalam menghukum. Memberi pendapat di luar gelanggang dan menjatuhkan hukum kepada seseorang, memang secara relatifnya, lebih mudah.

“Sedangkan membela nasib rakyat yang tertindas di hadapan rejim kleptokrasi yang dibela oleh ramai kaki pengampu dan pembodek dan dikawal oleh pelbagai agensi yang drakonian dan ‘pemberi nyawa’ serta sanggup guna hujah agama untuk bela rejim kleptokrasi tidak semudah itu saudaraku.

“Ia menjadi lebih sukar bila ada puak-puak agama yang agak “slow” untuk bersuara menentang rejim kleptokrasi tapi agak laju sepantas kilat mencari hukum tertentu untuk dikenakan kepada mereka yang menentang rejim si kleptokrat,” katanya.

Hanipa juga menolak tanggapan bahawa beliau enggan menarik balik kenyataannya kerana ego.

“Ada kata saya ego sebab tak mahu tarik balik. A’udzubillah ( Saya berlindung kepada Allah ). Tapi katalah apa sahaja yang anda mahu. Ini hari anda untuk bergembira.

“Ibu saya selalu nasihat saya jika kita tak bersalah jangan risau apa orang kata, jika kita bersalah, orang tak kata pun kita kena risau,” katanya.

Pada sesi parlimen 29 Mac lalu, Hanipa bertikam lidah dengan Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang mendakwa bekas pemimpin PAS itu berlagak seperti tuhan kerana menjangkakan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memenangi pilihan raya umum (PRU).

Hanipa membalas dengan berkata: “Kalau saya Tuhan – nasib baik saya bukan Tuhan – kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) Tuhan.”

Pertikaman lidah itu terjadi ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar.

REAKSI DAN PANDANGAN DARIPADA DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF;

Berhubung isu panas ini, Dr. Kamarul Zaman Yusoff melalui laman media sosial Facebook miliknya melontarkan pandangan terhadap tindakan Hanipa. 

“DON’T WORRY BE HAPPY” (“Usah risau mari gembira”) umumnya adalah prinsip yang baik kerana kajian dalam bidang psikologi membuktikan bahawa kebimbangan berlebihan boleh membawa pelbagai masalah kepada diri seseorang individu, termasuk tekanan jiwa.

Bagaimanapun, mengguna pakai prinsip ini sebagai dalih untuk melarikan diri dari isu-isu penting yang dihadapi oleh individu tersebut sebenarnya adalah sikap yang tidak baik kerana apa yang diperlukan adalah untuk menanganinya secara terus supaya boleh “move on”.

Saya perhatikan inilah yang kerap dilakukan oleh Pengerusi Kanun PAN merangkap ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, bila beliau berada dalam keadaan tertekan ekoran kritikan masyarakat terhadap beliau, khususnya dalam isu-isu membabitkan agama.

Bila beliau berhadapan dengan kritikan masyarakat, termasuk saya, kerana kesilapan beliau mempertahankan ateisme akhir tahun lalu, itulah kaedah yang beliau guna untuk melarikan diri darinya, iaitu menulis “Don’t worry be happy” pada 29 dan 30 November 2017.

Hari ini beliau sekali lagi berhadapan dengan kritikan masyarakat kerana kesilapan beliau menyebut di Parlimen ungkapan kalau beliau tuhan beliau tidak akan jadikan atau akan hapuskan ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, yang “menyusahkan orang saja”.

Jawapan mudah beliau di laman Facebook beliau hari ini adalah sekali lagi menggunakan “Don’t worry be happy” ini untuk menepisnya, ditambah dengan tuduhan kononnya pengkritik beliau “spin” ungkapan beliau itu untuk mengalihkan perhatian dari isu lain.

Kepada Hanipa, eloklah jangan kerap sangat bergantung dengan “Don’t worry be happy” ini untuk melarikan diri dari isu-isu penting yang dihadapi oleh beliau, khususnya isu-isu membabitkan agama, sebaliknya tanganilah ia dengan lebih serius seperti sepatutnya.

Sahabat beliau Mufti Perlis sendiri sudah menulis ungkapan beliau itu “secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaan-Nya” dan “sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan”.

Saya tidaklah sekeras Mufti Perlis yang secara terus-terang meminta beliau “bertaubat dari ucapan itu”, cuma jika banyak pihak yang berwibawa menyebutkan beliau memang melakukan kesilapan maka buanglah ego dan akui sahajalah kesilapan itu dan “move on”.