Hans Batalkan Hasrat Berkahwin Dengan Gabrielle

Hans Batalkan Hasrat Berkahwin Dengan Gabrielle

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Hans Isaac mengumumkan perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan model Gabrielle Robinson akan dibatalkan.

Hans yang bertunang pada 29 Februari lalu berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas kepada Kosmo! sebentar tadi.

“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang,” katanya.

Terdahulu, Hans dijadualkan berkahwin pada 29 Julai lalu, tetapi ditunda kepada tarikh yang belum dimaklumkan.

Bagaimanapun, kisah antara Hans dan Gabrielle kembali menjadi bualan pada bulan Ogos lalu apabila kedua-dua mereka bertindak menghapuskan gambar bersama di laman sosial, Instagram.