PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 2 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,639 orang.
DARIPADA 2 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT satu(1) KES IMPORT di selangor.
Satu (1) KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DARI KALANGaN WARGANEGARA di sabah.
Menurut laporan harian perkembangan COVID-19 di laman media sosial rasmi KKM, jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 20 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,354 orang bersamaan dengan 96.70% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurut laporan itu lagi sebanyak 4 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 1 pesakit.
Dilaporkan juga bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.40%.
KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;