Hanya 6 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini, Sebanyak 45 Orang Sembuh...

Hanya 6 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini, Sebanyak 45 Orang Sembuh – KKM

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 6 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,596 orang.

DARIPADA 6 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT DUA (2) KES IMPORT.

SEBANYAK 4 KES (Selangor 3 Kes & sarawak 1 kes) MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA KESEMUA KES DARI KALANGaN WARGANEGARA.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 45 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,231 orang bersamaan dengan 95.75% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 2 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.41%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;

1. Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2. Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3. Terus patuh kepada S.O.P