PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 8 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,453 orang.
DARIPADA 8 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, 2 KES ADALAH IMPORT.
SEBANYAK 6 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 6 KES ADALAH BUKAN WARGANEGARA DAN
WARGANEGARA 2 KES.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 35 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 7,346 orang bersamaan dengan 86.90% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 4 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.
Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.43%.

KKM terus menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia melalui;